Alamat Ibu Pejabat Pengurusan:

311-C, Lorong Kedah, Melawati Square, Pusat Bandar Melawati, 53100, Kuala Lumpur

Tel: 03-4147 2721 Fax: 03-4147 2122


 

 

Aktiviti Akan Datang


Tiada acara ditetapkan
nextEvent by JoomlaLoft

Kalendar Acara

<<  Mac 2010  >>
 Is  Se  Ra  Kh  Ju  Sa  Ah 
  1  2  3  4  5  6  7
  8  91011121314
15161718192021
22232425262728
293031    
Kepilkan ke Facebook anda

Silat Cekak Hanafi UITM Segamat anjur Ceramah Anti-Jenayah

Perhatian: akan membuka tetingkap baru. PDFCetakE-mail

Tanggal 6 Februari 2010,bertempat di Dewan Sri Temenggung  merupakan satu detik bersejarah dan penuh kejayaan bagi Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UiTM Segamat dengan kehadiran penganalisis jenayah bebas, Encik Kamal Affendi Hashim sebagai penceramah undangan bagi program Ceramah Anti-Jenayah “Anda Mungkin Mangsa Seterusnya” anjuran PSSCUH UiTM Segamat.

Baca Lagi: Silat Cekak Hanafi UITM Segamat anjur Ceramah Anti-Jenayah

 

Kembara Silat Cekak Hanafi di Johor

Perhatian: akan membuka tetingkap baru. PDFCetakE-mail

JOHOR BAHRU : Tanggal 30hb Januari 2010 merupakan detik bersejarah buat Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Cawangan Johor kerana buat julung-julung kalinya AMMN mengembara ke pelusuk Johor untuk mendengar pandangan dan luahan serta berjumpa dengan ahli khasnya dan objektif utamanya adalah untuk menyampaikan maklumat berkaitan dengan aktiviti yang akan dilaksanakan serta isu-isu semasa.

Baca Lagi: Kembara Silat Cekak Hanafi di Johor

 

Kempen Jom Silat Cekak Hanafi Dirasmikan

Perhatian: akan membuka tetingkap baru. PDFCetakE-mail

Kempen Jom Silat Cekak Hanafi telah dirasmikan oleh YB Dato Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di Dewan Gemilang Mercu Idaman, German Malaysia Institut pada 20hb Disember 2009.

   

Perkelahan SCH Johor Ceria

Perhatian: akan membuka tetingkap baru. PDFCetakE-mail

Kota Tinggi, 6 Disember 2009 - Satu perkelahan mini telah dianjurkan di Pantai Batu Layar oleh Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia Cawangan Johor bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 3.30 petang. Program tersebut berlangsung dengan begitu ceria dalam suasana cuaca yang nyaman dengan disertai sekitar 50 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Silat Cekak Hanafi Johor dan ahli keluarga masing-masing. Antara yang turut hadir adalah Yang DiPertua SCHJ bersama keluarga dan juga AMMN yang lain bersama keluarga masing-masing.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti bola sepak pantai, main-main pasir dan bermacam lagi acara yang bertujuan untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain. Selepas penat beraktiviti, para peserta disajikan dengan bermacam jenis makanan yang menyelerakan dan pastinya sentiasa mengenyangkan mereka. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan dan diharapkan agar lebih ramai lagi ahli dapat turut sama menyertainya.

 

 

MAJLIS MAKAN MALAM PERHIMPUNAN RAKAN WAJADIRI PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2009

Perhatian: akan membuka tetingkap baru. PDFCetakE-mail

SHAH ALAM- Alhamdulillah, pada hari Sabtu, 05hb Disember 2009 bertempat di Kelab Golf Monterez, Shah Alam, Selangor Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Selangor telah dijemput untuk menghadiri Majlis Makan Malam, Perhimpunan Rakan Wajadiri Peringkat Negeri Selangor Tahun 2009. Dalam majlis tersebut seramai 6 orang ahli Silat Cekak Hanafi Selangor telah memperlihatkan satu persembahan bertenaga yang turut mendapat pujian penganjur dan ahli-ahli daripada persatuan lain.

Baca Lagi: MAJLIS MAKAN MALAM PERHIMPUNAN RAKAN WAJADIRI PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2009

   

Muka 1 daripada 6