Silat Cekak Hanafi Seni Beladiri Pertama di IKBN Kuala Perlis

KUALA PERLIS - Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Cawangan Perlis berjaya mengadakan satu demo penerangan di IKBN Kuala Perlis. Demo yang bertujuan untuk mencari ahli baru bagi kelas yang baru dibuka iaitu di IKBN Kuala Perlis. Penerangan yang disampaikan oleh YDP Perlis sendiri, Encik Fauzi Bin Jusoh dan demo dilakukan oleh pengamal dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis dan UiTM Arau. Sambutan yang diberikan amat menggalakan. Silat Cekak Hanafi merupakan senibeladiri pertama yang berjaya mendapat tempat di IKBN Kuala Perlis.
Baca Lagi: Silat Cekak Hanafi Seni Beladiri Pertama di IKBN Kuala Perlis
JEMPUTAN KE MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PERDANA MENTERI

8hb September 2009, Putrajaya- Majlis telah berlangsung dengan begitu meriah dan penuh tawadduk dihadiri kira-kira 800 orang daripada pelbagai Persatuan-persatuan NGO seluruh Malaysia. PSSCUHM dibawah pimpinan Presiden merangkap Guru Utama, YM Tuan Guru Haji Md. Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi merupakan salah satu persatuan yang aktif memberi sokongan terhadap program Gagasan Satu Malaysia telah dijemput ke majlis berkenaan. Semoga hasil kerjasama erat dengan pihak kerajaan akan mendapat akreditasi yang lebih di masa-masa yang akan datang. Tahniah Silat Cekak Hanafi.
Baca Lagi: JEMPUTAN KE MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PERDANA MENTERI
Syair Ahlul Bait
Syair ini daripada YM Tuan Guru Haji Md. Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi, seperti mana disampaikan kepada beliau oleh ayahanda beliau, Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad.
Syair ini diamalkan secara harian di mana sekiranya terdapat wabak yang menular, hendaklah dibaca dan diusap ke bahagian kepala ahli keluarga. Bacaannya bukan seperti membaca doa tetapi ianya dibaca berbentuk Syair Ahlul Bait.

Daripada:
YM Tuan Guru Haji Md. Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi
Presiden Merangkap Guru Utama
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia
9 Ogos 2009
sumber: www.silatcekakhanafi.org
Keputusan Penuh Karnival Wajadiri 2009

Berikut merupakan keputusan rasmi Karnival Wajadiri 2009, Kuching, Sarawak:
JUARA KESELURUHAN, ANUGERAH PESILAT TERBAIK DAN ANUGERAH KHAS JURI KEJOHANAN WAJADIRI PERINGKAT IPT/SEKOLAH - SARAWAK 2009
1. JUARA KESELURUHAN SEKOLAH – WANITA
SEK. TUN FATIMAH, JOHOR.
2. JUARA KESELURUHAN SEKOLAH – LELAKI
SEK. MEN. TEKNIK LIKAS, SABAH
MAJLIS MAKAN MALAM NOSTALGIA 2009
Sempena Sambutan 10 Tahun Silat Cekak Hanafi di Sarawak
KUCHING, 15 Ogos 2009 - Majlis Makan Malam Nostalgia diadakan di Hotel Riverside Majestic Kuching sempena Sambutan 10 Tahun Silat Cekak Hanafi di Sarawak. Majlis Makan Malam Nostalgia tersebut telah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila seramai lebih 900 orang ahli dari seluruh Malaysia telah memenuhi ruang dewan bagi meraikan semua kontinjen Kejohanan Wajadiri dan Lifetime Award Achievement. Tujuan Lifetime Award Achievement diberikan adalah bagi memberi penghargaan kepada mereka yang banyak menghulurkan bantuan dan menabur jasa sepanjang kelahiran SCH di Sarawak.
Artikel lain...
Muka 3 daripada 6






