Demo Makan Malam Amal Wangsa


Pada 7/7/2009 yang lalu, seramai 7 orang ahli skuad demo Cekak Hanafi Ibupejabat yang di ketuai oleh Sdr. Azhan Ramiz Zainon telah dijemput bagi persembahan demo dan mengiringi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Majlis Makan Malam Amal Wangsa.
Rombongan Umrah Selamat Pulang ke Tanahair


Rombongan umrah bersama YM Tuan Guru Haji Md Radzi Haji Hanafi, disertai seramai 70 orang yang terdiri dari ahli persatuan dan keluarga ahli (termasuk 3 kanak-kanak dan seorang bayi).
Menggunakan Nama Persatuan Tanpa Kebenaran

Pekeliling MMK 09/13
6 Jun 2009
Semua Ahli, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.
Tuan / Puan,
MAKLUMAN SITUASI SEMASA PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA- Menggunakan Nama Persatuan Tanpa Kebenaran
Perkara diatas adalah dirujuk. Dukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCUHM) telah menerima aduan dari ahli-ahli bahawa suatu perhimpunan telah diadakan pada 6hb Jun 2009 bertempat di Dewan MPAJ, Pandan Indah oleh pihak-pihak tertentu yang merujukkan perhimpunan tersebut kepada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-10 untuk PSSCUHM.
Mesyuarat Agong Perwakilan Luarbiasa Dapat Sambutan


Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCUHM) telah mencatat sejarah apabila berjaya mengadakan Mesyuarat Agong Perwakilan Luarbiasa pada 28 Mac 2009 (Sabtu), jam 10.00 pagi dan bertempat di Dewan Tertutup, Kompleks Rakan Muda Sementa, Kelang, Selangor Darul Ehsan dengan dihadiri seramai 318 orang Perwakilan dari seluruh Malaysia.
Mesyuarat telah dijalankan dengan jayanya di mana kehadiran Perwakilan adalah melebihi 75% dari keseluruhan cawangan di Malaysia.
Tahniah kepada semua perwakilan yang hadir. HIDUP CEKAK HANAFI!.
Baca Lagi: Mesyuarat Agong Perwakilan Luarbiasa Dapat Sambutan
Malam Sanjungan Budi 2009

Majlis Sanjungan Budi 2009 (MSB ‘09) telah berlangsung pada 10 Mei 2009 di Hotel Flamingo, by the Lake Kuala Lumpur. Majlis Sanjungan Budi 2009 merupakan MSB kali keenam yang telah berjaya dianjurkan oleh PSSCUHMMU. Majlis ini telah dirasmikan oleh YM.Tuan Guru Hj. Md. Radzi bin Hj. Hanafi, Presiden merangkap Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.
Artikel lain...
Muka 5 daripada 6






