Demo SMS Alam Shah hebat!

Persembahan silat sempena Majlis Penerangan untuk Pengambilan Ahli Baru ini telah disertai seramai 9 orang ahli daripada Ibu Pejabat, Kuala Lumpur. Majlis Penerangan telah disempurnakan oleh En. Hafeezudin Abdul Razak daripada Unit Penerangan, Jabatan Perhubungan dan Seranta. Majlis ini telah diselia oleh Cikgu Zuraida (Guru Penasihat Silat Cekak Hanafi di SAS). Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Perhubungan & Seranta, En. Aminudin Dahlan dan ahli-ahli di sekitar Cheras.
Jom Rileks@Gabai 2009

Program Jom Rileks@Gabai 2009 ini telah disertai oleh seramai 17 orang ahli alumni dan 3 orang peserta dari luar.
Para peserta telah berkumpul di stesen Petronas Seri Kembangan dan mula bertolak ke Sg. Gabai kira-kira pada jam 8.30 pagi. Sejumlah 5 buah kereta dan sebuah motosikal telah berkonvoi pada hari tersebut. Kami tiba di Sg. Gabai pada pukul 9.30 pagi. Sejurus tiba di lokasi, barang – barang kelengkapan untuk BBQ dan juga makanan telah diagih – agihkan sesama peserta bagi memudahkan perjalanan yang agak mencabar. Dimana, peserta perlu mendaki sebanyak 300 lebih anak tangga yang agak curam .
Muka 6 daripada 6






