Alamat Ibu Pejabat Pengurusan:

311-C, Lorong Kedah, Melawati Square, Pusat Bandar Melawati, 53100, Kuala Lumpur

Tel: 03-4147 2721 Fax: 03-4147 2122


 

 

Aktiviti Akan Datang

Tiada acara ditetapkan
nextEvent by JoomlaLoft

Kalendar Acara

<<  Mac 2010  >>
 Is  Se  Ra  Kh  Ju  Sa  Ah 
  1  2  3  4  5  6  7
  8  91011121314
15161718192021
22232425262728
293031    
Kepilkan ke Facebook anda

Persembahan DiRaja

Perhatian: akan membuka tetingkap baru. PDFCetakE-mail

Seri Menanti, Negeri Sembilan – Pada malam 26hb Oktober 2009 yang lalu, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Cawangan Negeri Sembilan telah melakar sejarah apabila dijemput untuk bersama-sama memeriahkan program “Malam Menjunjung Kasih” yang diadakan bersempena Majlis Istiadat Pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.

 

 

Seramai hampir 50 orang ahli Silat Cekak Hanafi telah bersama-sama dengan ahli-ahli senibela lain membuat persembahan pembuka dan juga penutup untuk majlis persembahan diraja tersebut.

Disamping persembahan kebudayaan, terdapat satu slot persembahan beladiri telah diberi penghormatan untuk membuat persembahan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan disamping dif-dif kehormat yang lain seperti Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim.  Slot khas ini telah diketuai oleh Sdra Saiful Zaimi bin Md Saad (Silat Cekak Hanafi) yang terdiri dari ahli-ahli Ibupejabat dan cawangan Negeri Sembilan PSSCUHM dan Silambam dan juga Wushu.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang menjayakan program di atas komitmen yang diberikan. Semoga perjuangan Silat Cekak Hanafi terus subur dan berkembang maju di bumi Negeri Sembilan Darul Khusus.

“Hidup Cekak Hanafi”