Silat Cekak Hanafi UITM Segamat anjur Ceramah Anti-Jenayah

Tanggal 6 Februari 2010,bertempat di Dewan Sri Temenggung merupakan satu detik bersejarah dan penuh kejayaan bagi Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UiTM Segamat dengan kehadiran penganalisis jenayah bebas, Encik Kamal Affendi Hashim sebagai penceramah undangan bagi program Ceramah Anti-Jenayah “Anda Mungkin Mangsa Seterusnya” anjuran PSSCUH UiTM Segamat.
Majlis pada malam itu telah dirasmikan oleh Ustaz Sazali Efendi dan dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Wawasan Setia Pelajar’ dan ‘Peneraju Warisan Mutlak’.Turut hadir ialah Pegawai Daerah,En Hilmi,Penasihat persatuan Cik Rafiaah Binti Abu dan YDP Silat Cekak Uitm Segamat,Sdr Mohamad Amir Zaki Bin Zainal Alam.
Dari kiri, En Helmi (ADO Segamat), Ustaz Sazali, Cik Rafiaah dan Sdr Amir
Secara keseluruhannya, ceramah yang disampaikan oleh En Kamal pada malam itu memang sangat mantap dan tips yang diberikan amat berguna untuk dipraktikkan.
Sekalung Tahniah kepada jawatankuasa Silat Cekak Hanafi Uitm Segamat atas kejayaan penganjuran program.

Sesi praktikal menyelamatkan diri.





