Alamat Ibu Pejabat Pengurusan:

311-C, Lorong Kedah, Melawati Square, Pusat Bandar Melawati, 53100, Kuala Lumpur

Tel: 03-4147 2721 Fax: 03-4147 2122


 

 

Aktiviti Akan Datang

Tiada acara ditetapkan
nextEvent by JoomlaLoft

Kalendar Acara

<<  November 2014  >>
 Is  Se  Ra  Kh  Ju  Sa  Ah 
       1  2
  3  4  5  6  7  8  9
10111213141516
17181920212223
24252627282930
Kepilkan ke Facebook anda

Silat Cekak Hanafi terap pengetahuan kenegaraan

Perhatian: akan membuka tetingkap baru. PDFCetakE-mail

Pada 12 - 14 Mac 2010 telah berlangsung Kursus Gerak Cekak  yang dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (PSSCUHM) Cawangan Melaka bertempat di Kem Lembaian Danau, Jasin, Melaka.
Kursus ini dianjurkan untuk peserta-peserta yang terdiri dari penuntut-penuntut Silat Cekak Hanafi yang berada di Pusat Pengajian Tinggi (PPT), Kursus ini mengkhususkan tentang pengetahuan kenegaraan disamping penerapan nilai-nilai murni persilatan. Di antara PPT yang menyertai kursus ialah Universiti Teknikal Melaka (UteM) selaku tuan rumah, Universiti Multimedia Melaka (MMU Melaka), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Alor Gajah dan Politeknik Merlimau.

Baca Lagi: Silat Cekak Hanafi terap pengetahuan kenegaraan

 

Jom Silat Dilancar di Pulau Pinang

Perhatian: akan membuka tetingkap baru. PDFCetakE-mail

Tetamu kehormat menyempurnakan simbolik pelancaran. Tetamu kehormat melawat kaunter pendaftaran dan pameran.

Pada 17 Januari 2010, hari Sabtu, bertempat di Tesco Seberang Jaya, Pulau Pinang, telah berlangsung Majlis Pelancaran Kempen Jom Silat 2010 dan Pengambilan Ahli Baru bagi peringkat Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Cawangan Pulau Pinang. Majlis telah dirasmikan oleh tetamu kehormat iaitu Encik Jamaluddin Bin Haji Hanafi, selaku Ketua Penolong Pengarah MARA Pulau Pinang (Bahagian Pembangunan). Turut hadir ialah wakil Tesco Seberang Jaya iaitu Encik Saiful Nizam Bin Saari selaku tetamu jemputan. Kaunter pendaftaran ahli baru dan pameran persilatan turut diadakan. Ini merupakan sebahagian daripada usaha Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Cawangan Pulau Pinang dalam mendekati masyarakat umum dan menyatakan kewujudannya selaku persatuan silat yang berprestij dan setaraf dengan seni beladiri yang lain. Moga dengan berlangsungnya program yang sedemikian rupa, matlamat Kempen Jom Silat 2010 dapat dicapai dan pertambahan bilangan ahli Silat Cekak Hanafi di Pulau Pinang akan berkembang pesat.

 

Pusat Latihan Silat Cekak Hanafi Rembau Dirasmikan

Perhatian: akan membuka tetingkap baru. PDFCetakE-mail

Majlis pelancaran Pusat Latihan Silat Cekak Hanafi Rembau telah selamat dirasmikan pada 13hb Februari 2010 pada jam 9.30mlm di Kg Pulau Hanyut, Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus. Pusat Latihan SCH Rembau akan menjadi pusat untuk menjalankan aktiviti persilatan dan aktiviti bersama penduduk setempat di sekitar Daerah Rembau.

Majlis ini telah dihadiri oleh seramai kira-kira 100 orang penduduk setempat dan warga SCH. Turut hadir sama pada majlis tersebut ialah Dato Adat Rembau - Dato Perba Haji Yahya b. Abd Gani, Pengerusi JKK Kg Pulau Mampat - Hj Daud b. Abd Latif, Imam 1 merangkap nazir masjid Pulau Mampat - Dato Hj Baharom b. Hasbullah (bekas hakim mahkamah syarie), YDP Silat Cekak Hanafi Cawangan Negeri Sembilan - En Halim dan YDP Silat Cekak Hanafi Cawangan Melaka, En.Anuar Othman. Majlis ini telah disempurnakan oleh Presiden merangkap Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia, YM Tn Guru Hj Md.Radzi b. Hj Hanafi Al Qadhi.

Tahniah PSSCUHM Cawangan Negeri Sembilan.

   

Silat Cekak Hanafi UITM Segamat anjur Ceramah Anti-Jenayah

Perhatian: akan membuka tetingkap baru. PDFCetakE-mail

Tanggal 6 Februari 2010,bertempat di Dewan Sri Temenggung  merupakan satu detik bersejarah dan penuh kejayaan bagi Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UiTM Segamat dengan kehadiran penganalisis jenayah bebas, Encik Kamal Affendi Hashim sebagai penceramah undangan bagi program Ceramah Anti-Jenayah “Anda Mungkin Mangsa Seterusnya” anjuran PSSCUH UiTM Segamat.

Baca Lagi: Silat Cekak Hanafi UITM Segamat anjur Ceramah Anti-Jenayah

 

Kembara Silat Cekak Hanafi di Johor

Perhatian: akan membuka tetingkap baru. PDFCetakE-mail

JOHOR BAHRU : Tanggal 30hb Januari 2010 merupakan detik bersejarah buat Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Cawangan Johor kerana buat julung-julung kalinya AMMN mengembara ke pelusuk Johor untuk mendengar pandangan dan luahan serta berjumpa dengan ahli khasnya dan objektif utamanya adalah untuk menyampaikan maklumat berkaitan dengan aktiviti yang akan dilaksanakan serta isu-isu semasa.

Baca Lagi: Kembara Silat Cekak Hanafi di Johor

   

Muka 1 daripada 6